Hari benganti hari. Hidup aku tak macam dulu. Sekarang sikit demi sikit hidup aku macam dah tak bermakna. Tak tahu apa sebabnya. Mungkin aku stress dengan result exam? atau kerana kawan-kawan? Aku rasa lebih ke arah kawan-kawan aku sampai aku jadi macam ni.
Bak kata seorang kawan aku ini yang bernama Afiqah. Atau lagi sweetnya kembar aku. "Masalah bagaikan merangkak datang dekat kita" Aku rasa ayat tu paling tepat sangat dengan situasi aku sekarang ni. Aku tak tahulah kenapa semua masalah ni kena datang dekat aku. Mungkin Allah nak uji aku. Aku terima ujianMu dengan ketulusan hatiku *Ayat stress camni ah*
Tahun 2012 adalah tahun stress bagi aku. Tersangat. Aku rasa tahun 2011 tahun tak ada masalah bagi aku. Kalau ada pun aku akan lalui semua tu dengan kawan karib aku. Mereka yang akan lalui sesama dengan aku. Tapi tahun ni? aku lalui seorang diri? Hanya seorang kawan karib aku je yang lalui sesama dengan aku. Afiqah lah selalu lalui masalah dengan aku. Masalah dia ataupun aku. Kitaorang selalu share cerita sesama. Share masalah semua. Aku tak nak sorok rahsia apa-apa pun dari dia. TAK NAK!
Sekarang ni aku tak tahu kenapa aku selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan aku. Kalau aku cakap macam ni mungkin diorang akan cakap balik KAU AH YANG PINGGIRKAN KITAORANG, KAU SELALU DENGAN FIQAH. Memang lah aku selalu dengan Fiqah sebab dia je boleh JAGA PERASAAN aku. Aku tak tahu lah dalam banyak-banyak kawan aku dia seorang je yang boleh buat camtu dekat aku. Adakah aku tak pernah JAGA PERASAAN kawan aku yang lain? Entah lah ceq pun kurang pasti :)
Aku dekat sini nak sedikit meluahkan perasaan. Aku tahu lah mak korang tak suka aku tapi aku rasa kau tak perlu kot nak mention nama aku dengan blog kau. Boleh je kot kau buat nama short aku like AM ke?Aku rasa tak yah nak cakap AISYAH camtu. Blog kau bukan aku je boleh baca ramai kot boleh baca. Like kalau orang lain baca blog kau pun aku tak kisah sebab tu blog kau kan. Tapi aku like cam ada perasaan jugak ah doh. Even kau dah delete benda kau cakap tu. Aku still kecil hati.
Aku tak tahulah kenapa jadi macam ni? Kitaorang pun sebelum ni pun gaduh. Tapi aku dah cakap sorry but aku tak tahu lah kau maafkan aku ikhlas ke tak itu kau dengan TUHAN je tahu. Aku sekarang tak tahu nak luahkan perasaan dekat mana dah. Fiqah? Dah banyak aku luahkan nanti dia malas pulak nak ambik tahukan. Blog? Nanti ada orang marah pulak kan bila baca. Twitter? Aku tweet nanti orang lagi marah. Tengok aku tak tahu nak luahkan perasaan dekat mana.
And lagi satu, seorang dari best friend aku nak putuskan hubungan sebab benda ni? Okay aku dah pernah cakap "KITAORANG TAK PERNAH NAK SEHALUAN" Mungkin dia dah ada kawan yang better dari aku even mak dia pun tak kasi kawan dengan aku *sadlife* Aku cam okay redha je ah kan. And the same time rasa sedih semua. Confirm lah sedihkan best friend nak end friendship dengan kita. Memang kena senyum ke? Mesti lah sedihkan. Tak apa lah dia dah ada kawan baik baru. It's okay asalkan dia bahagiakan.Dia okay aku pun mesti lah okay kan?kalau aku tak okay pun apa boleh buat keputusan dia aku mana boleh bantah. Just smile and teruskan hidup macam biasa. Macam dia still ada dekat sisi aku.
Aisyah, kau kena BE STRONG. Nanti kalau kau tak kuat macam mana nak belajar? Belajar pun tak focus. So tabahkan hati. Bayangkan hidup kau masih macam dulu. And banyangkan dia masih ada dekat sisi kau. Kau boleh strong lah Aisyah :)